EASY COOKING FOR LAZY PEOPLE ...... LIKE ME

Tuesday, April 14, 2009

ANOR'S MACARONI



BAHAN-BAHAN


Macaroni
Daging lembu, ayam atau kambing (dipotong dadu).
Tomato puree.
Olive(dibelah dua).
Rempah basilic.
Daun ketumbar (dihiris halus halus).
Telur.
Bawang putih (dihiris halus).
Bawang merah (dihiris halus).


Cara-cara


Dlm periuk, masak air sehingga mendidih.
Masukkan macaroni dan biarkan selama 10min atau sehingga masak.
Bila dah masak, tos, dan ketepikan.
Dlm kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah.
Masukkkan daging dan biarkan sehingga masak.
Masukkan tomato puree dan olive.
Bila mengelegak, masukkan telur dan kacau sehingga agak² telur masak.
Masukkan pasta dan daun ketumbar serta garam secukup rasa.

NASI AYAM ANAK PAKCIK KARIM



BAHAN-BAHAN

Peha ayam

Sos tiram
Bawang putih
Halia
Sup bunjut
Kiub ayam
Bawang besar/kecik
Minyak
Honey(Madu)


Cara-cara
Steam ayam sehingga hampir² masak.

Racik halus² bawang putih, halia dan campurkan dgn sos tiram.
Lumurkan minyak ke atas ayam, sapukan honey keatas ayam.
Sapukan pula keatas ayam dengan campuran sos tiram tadi.
Bakar dlm oven sehingga masak atau sehingga nampak garing.

Dlm periuk nasi, panaskan sedikit minyak.
Tumis bawang yg dah dihiris dan sup bunjut sampai naik bau.
Keluarkan sup bunjut dan masukkan nasi dan kacau bagi bercampur dgn minyak.
Masukkan stok air ayam yg disteam tadi. (Sukatan air bergantung pada sukatan nasi).
Masukkan satu sudu teh serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan kiub ayam. Sekali sekala, kacau sehingga kiub ayam tadi sebati dgn air dan beras.


Utk kuah :
Dlm periuk kecik, tumis bawang, halia yg telah dihiris bersama dgn sup bunjut tadi sehingga naik bau.
Masukkan lebihan stok air ayam yg disteam tadi, kiub ayam dan garam secukup rasa.
Bila dah mendidih, masukkan daun coriandre yg dah dipotong kecil².

NASI GORENG AYAM

BAHAN-BAHAN

Peha ayam
Bawang putih
Sup bunjut
Kiub ayam
Bawang besar/kecik
Minyak
Honey(Madu)
Telur
Daun bawang
Daun ketumbar (coriandre)

Cara-cara :
Steam ayam sehingga hampir² masak.
Dlm periuk nasi, panaskan sedikit minyak.
Tumis bawang yg dah dihiris dan sup bunjut sampai naik bau.
Keluarkan sup bunjut dan masukkan nasi dan kacau bagi bercampur dgn minyak.
Masukkan stok air ayam yg disteam tadi. (Sukatan air bergantung pada sukatan nasi).
Masukkan satu sudu teh serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan kiub ayam. Sekali sekala, kacau sehingga kiub ayam tadi sebati dgn air dan beras.
Potong isi ayam kecik² dan gaul dgn honey keatas ayam.
Dlm kuali, dgn sedikit minyak, tumis bawang putih dan bawang merah yg telah dihiris sehingga naik bau.
Masukkan ayam yg dah disapu dgn honey tadi dan goreng sehingga agak² garing.
Pecahkan telur dan biarkan masak, baru gaul sehingga bercampur dgn ayam.
Masukkan nasi yg telah masak, garam secukup rasa dan gaul sehingga sebati.

Utk kuah :
Dlm periuk kecik, tumis bawang, halia yg telah dihiris bersama dgn sup bunjut tadi sehingga naik bau.
Masukkan lebihan stok air ayam yg disteam tadi, kiub ayam dan garam secukup rasa.
Bila dah mendidih, masukkan daun coriandre dan daun bawang yg dah dipotong kecil².
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

NASI GORENG DAGING




BAHAN-BAHAN
Daging (dihiris nipis)
Seulas bawang putih (dihiris)
Seulas bawang kecik (dihiris)
Kacang panjang (potong kecik kecik)
Telur
Nasi

Cara-cara
Panaskan sedikit minyak.
Masukkan daging dan biarkan sehingga agak² masak.
Tumiskan bawang putih, bawang kecik dan kacang panjang sehingga naik bau.
Masukkan telur dan biarkan agak² masak, baru kacaukan sehingga sebati dgn bahan² lain.
Last sekali, masukkan nasi, garam secukup rasa dan gaulkan sehingga sebati.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, April 6, 2009

BATONNET DE POULET (CHICKEN STICK)

Dari membazir buang ayam, lauk semalam, baiklah recycle balik, perut pun kenyang sih.

Bahan bahan:
Ayam semalam (isi sahaja, tulang tara mau)
Satu biji bawang besar
Air
Garam secukup rasa
Tepung gandum
3 cawan breadcrumbs
1 sudu cumin

Cara-cara:
1. Dlm blender, masukkan ayam, bawang dan cumin. Sukatan airnya ialah, setengah daripada level ayam dlm blender.

2. Campur bahan bahan kisar tadi dgn tepung gandum hingga boleh diuli bersama breadcrumbs.

3. Uli dan buat bentuk ala ala stick mcm dlm gambo.

4. Goreng dgn api yg sederhana, kalau tak, hangus and isinya enggak masak sih hih hih hih. Goreng sampai jadi golden giteww.

5. Ni pun nak kena cakap ker, dah masak tu, ngap lar apa lagi hih hih hih.