EASY COOKING FOR LAZY PEOPLE ...... LIKE ME

Showing posts with label Pasta. Show all posts
Showing posts with label Pasta. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

SOSEJ ROLL

Malam ni betul mati kutu nak masak apa. Buat pasta jer kang, mak bapak sendiri benci. Laki sendiri pun boleh menyampah apa ni bini pemaleh tak guno huhuhuuuu.

Maka tercetuslah idea sempoi disamping nak abiskan sosej yg tinggal sejemput itu. Kuantiti tu agak sendiri yer, depend berapa ramai yg nak makan.

Ingredient
  • Base lasagna (rebus dlm air mendidih selama 8min, asingkan dlm pinggan satu persatu supaya tak melekat)
  • Sosej
  • Sos tomato
  • Fresh tomato, potong kiub kecik
  • Bawang (hiris halus)
  • Kiub ayam
  • Gruyere (grated cheese)

Steps
  1. Dlm frying pan, panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih sampai naik bau. Masuk fresh tomato, kacau utk seminit dan masukkan sos tomato dan kiub ayam. Masak dgn api sederhana selama like 5min sampai mendidih.
  2. Dlm frying pan, panaskan sedikit minyak dan masak sosej errr sampai masaklah, jgn terlebih plak nanti kocut
  3. Letak sosej tadi atas one base of lasagna, spread mixture tomato tadi dan sprinkle cheese. Roll over lasagna. Susun dlm loyang atau bekas tahan panas, sprinkle lagi cheese atas rolls tadi.
  4. Panaskan oven at 180°C selama 10min, then masukan bekas, bakar sampai cheese tadi tukar warna brownish. Jgn terlebih hangus plak!!

Sunday, November 27, 2011

FRIED SPAGHETTI

Wednesday, November 23, 2011

Wednesday, November 11, 2009

SOUPE ASIATIQUE DE BOEUF AU VERMICELLE (MEE SUP DAGING)

Intro : The original name of this recipe is SOUPE VIETNAMIENNE DE BOEUF AU VERMICELLE but I guess it lost its originality as Ive changed the ingredients.

I like to change the recipe to adapt to my needs. Therefor, cant call it with that name anymore.



INGREDIENTS
  1. Spaghetti (quantity depends on you)
  2. 6 onion (cut it small)
  3. Daun ketumbar (coriander)
  4. 350g of beef meat cut into small thin pieces
  5. Salt and pepper (amount as you wish)
  6. 2 carrots (cut thinly)
  7. 1 leek (sorry, dont know what is the name in malay, in french is poireau). Just take the upper side and cut thinly.
  8. 3 bunga lawang
  9. 6 bunga cengkih
  10. Kiub knorr perasa daging
  11. Minyak
  12. 1liter if water

STEPS
  1. Didihkan air dalam periuk dan masukkan 3 sudu minyak, spaghetti, masak selama 10minit. Toskan.
  2. Dlm periuk, dgn sedikit minyak, tumis bawang, bunga lawang dan bunga cengkih sampai naik bau.
  3. Masukkan daging dan tumis sehingga setengah masak.
  4. Masukkan air, kiub perasa daging, carrot, leek dan garam secukup rasa.
  5. Masak selama 10min. Taburkan daun coriander yg dihiris halus dan kacau.
  6. Hidangkan keatas spaghetti tadi.

Tuesday, April 14, 2009

ANOR'S MACARONI



BAHAN-BAHAN


Macaroni
Daging lembu, ayam atau kambing (dipotong dadu).
Tomato puree.
Olive(dibelah dua).
Rempah basilic.
Daun ketumbar (dihiris halus halus).
Telur.
Bawang putih (dihiris halus).
Bawang merah (dihiris halus).


Cara-cara


Dlm periuk, masak air sehingga mendidih.
Masukkan macaroni dan biarkan selama 10min atau sehingga masak.
Bila dah masak, tos, dan ketepikan.
Dlm kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah.
Masukkkan daging dan biarkan sehingga masak.
Masukkan tomato puree dan olive.
Bila mengelegak, masukkan telur dan kacau sehingga agak² telur masak.
Masukkan pasta dan daun ketumbar serta garam secukup rasa.

Tuesday, June 17, 2008

LAKSA PERANTAU

Delicious, fast and easy laksa .....





BAHAN-BAHAN

Laksa kering yg direbus

Dua tin sardin (yg dibasuh utk dibuang minyaknya)
Seikat daun kesum
Seikat daun mint (kalau takde daun kesum, kalau ada dua dua pun boleh)
Sekuntum bunga kantan
Sebatang serai (kalau takde bunga kantan, kalau ada dua dua pun boleh)
5 ulas bawang merah
Sedikit belacan.
Cili kering (yg direndam dalam air panas, quantiti terpulang pada diri sendiri, kut rasanya nak ulang alik gi bank kecik banyak kali, sila silalah letak bebanyak)
3 asam keping
Air dan garam secukup rasa

Cara-cara membuat kuah
Blend air, belacan, sardin, daun kesum, daun mint, bawang merah dan cili kering. Kalau tak muat, buat dua round.
Masukkan bahan² blend tadi ke dalam periuk besar.
Masukkan asam keping, bunga kantan dan serai.
Biarkan sehingga mendidih, kacau sekali sekala.
Bila dah mendidih baru letak garam.
Hidangkan panas² dgn laksa yg telah direbus bersama dgn hirisan timun, bawang, salad dan telur rebus.

Selama ni ingat susah bebeno ler buat laksa, rupanya ada version express punya hik hik hik. Tak payah susah susah nak rebus ikan, asingkan isi dan tulang. Time is gold ahaksss.

Monday, April 14, 2008

GRILL PASTA

PASTA GRILL


BAHAN-BAHAN


Pasta (quantiti agak² sendiri berapa ramai yg nak makan)
Daging, sosej atau ayam. (Dipotong dadu).
Bawang putih (dihiris nipis)
Bawang merah (dihiris nipis)


Cara-cara
Dlm periuk, masak air sehingga mendidih.
Bila menggelegak, masukkan pasta dan biarkan selama 10minit (atau sehingga pasta masak).
Toskan pasta tadi dah ketepikan.
Dlm kuali dgn sedikit butter, tumis bawang putih dan bawang merah.
Masukkan daging dan biarkan sehingga masak.
Campurkan pasta dan garam secukup rasa.
(Kalau ada spices, boleh jugak tambah ke dlm campuran pasta).

Sunday, May 27, 2007

KUEY TEOW KERANG

KARTINA'S KUEY TEOW KERANG

This the best kuey teow kerang ever. The way its being cooked, kerang pun buntal².
BAHAN-BAHAN
Bawang merah-dihiris
Bawang puteh-dihiris
Cili kering-Dimesin
Cili Sos Life
Kicap Cap Kipas Udang
Kerang
Serai
TaugehDauh sup/daun bawang
Timun untuk hiasan
Telur
Kuay Teow

Cara-cara
Rebuskan kerang bersama sedikit garam. Jangan terlampau lama, nanti kerang kecut.
Ketuk serai dan masukkan dalamrebusan.
Rebus hingga masak.
Kopek kerang and asingkan dalam satu bekas.
Tumiskan bawang merah n putih hingga naik bau.
Masukkan cili kering dahgoreng hingga masak.
Then masukkan kerang dan tumis lebih kurang 1 1/2minit.
Then masukkan kuay teow yang telah di basuh ( rendam first then toskandengan air paip sebanyak 3 kali ).
Masukkan sedikit cili sos life andkicap secukup rasa.
Last sekali masukkan taugeh and daun sup/bawang.
Hidangkan dengan timun and telur masak mata kerbau.

Friday, May 25, 2007

MEE GORENG

ANOR'S MEE GORENG


BAHAN-BAHAN
Any kind of mee
Bawang putih (dihiris halus halus)
Taugey
Telur
Tauhu (potong nipis)
Oyster sauce
Kicap
Cara-cara
Dalam mangkuk, pukul telur sehingga kembang.
Dgn sedikit minyak, masukkan telur dan biarkan sehingga masak. Gulung telur tadi dan biarkan sejuk. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan tauhu dan biarkan sehingga masak.
Masukkan telur dan kacau sehingga bercampur dgn bahan² lain.
Tambahkan oyster sauce.
Masukkan noodles yg telah direbus terlebih dahulu.
Campurkan sedikit kicap dan kacau.
(Jgn ter over letak oyster sauce with kicap, nanti masin)
Masukkan taugey dan kacau lagi.
Akhir sekali, masukkan telur gulung yg telah di hiris halus halus dan taburkan ke atas mee tadi dan kacau.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~