EASY COOKING FOR LAZY PEOPLE ...... LIKE ME

Sunday, May 10, 2009

MURTABAK DAGING EXPRESS




Murtabak segera utk orang yg nak cepat hih hi hhih.

Thanx to Nan Huser for the recipe in which Ive modified instead of using kulit popia, Ive used frozen roti prata instead (as I didnt have the right size of kulit popia to make murtabak).



Bahan-bahan
100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Daun sup
Minyak
1 sudu kecil garam
Roti prata
2 biji telur

Inti murtabak
1. Tumis bawang besar dan bawang putih di potong dadu.
2. Bila dah naik bau, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air.
3. Goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.
4. Masukkan garam. If terlalu kering, tambahkan air.
5. Masak sehingga kentang empuk. Akhir sekali masukkan daun sup.
6. Pukul telur di dalam mangkuk. Masukkan inti tersebut ke dalam telur. Kacau sehingga sebati.

Cara-cara
1. Keluarkan roti prata dari freezer dan biarkan selama 1 jam (so that tak keras and senang diuli).
2. Atas meja yg dah dibersihkan, sapu minyak (so that roti prata tak melekat)
3. Letakkan roti prata, sapu ngan minyak dan start to uli bagi dia besar and nipis so that boleh lipat bila dah masuk inti.
4. Masukkan inti dan lipat bentuk 4 segi.
5. Masak dlm frying pan dgn sedikit minyak yg dah dipanaskan.

1 comment:

liza said...

kitorg pon ada buat ni, tapi kan pakai roti 4 segi nipis yang jual kat boucherie arab tu..it turns out nice. lagi best dari beli kat psr malam...hehe