EASY COOKING FOR LAZY PEOPLE ...... LIKE ME

Tuesday, June 17, 2008

LAKSA PERANTAU

Delicious, fast and easy laksa .....





BAHAN-BAHAN

Laksa kering yg direbus

Dua tin sardin (yg dibasuh utk dibuang minyaknya)
Seikat daun kesum
Seikat daun mint (kalau takde daun kesum, kalau ada dua dua pun boleh)
Sekuntum bunga kantan
Sebatang serai (kalau takde bunga kantan, kalau ada dua dua pun boleh)
5 ulas bawang merah
Sedikit belacan.
Cili kering (yg direndam dalam air panas, quantiti terpulang pada diri sendiri, kut rasanya nak ulang alik gi bank kecik banyak kali, sila silalah letak bebanyak)
3 asam keping
Air dan garam secukup rasa

Cara-cara membuat kuah
Blend air, belacan, sardin, daun kesum, daun mint, bawang merah dan cili kering. Kalau tak muat, buat dua round.
Masukkan bahan² blend tadi ke dalam periuk besar.
Masukkan asam keping, bunga kantan dan serai.
Biarkan sehingga mendidih, kacau sekali sekala.
Bila dah mendidih baru letak garam.
Hidangkan panas² dgn laksa yg telah direbus bersama dgn hirisan timun, bawang, salad dan telur rebus.

Selama ni ingat susah bebeno ler buat laksa, rupanya ada version express punya hik hik hik. Tak payah susah susah nak rebus ikan, asingkan isi dan tulang. Time is gold ahaksss.

No comments: