EASY COOKING FOR LAZY PEOPLE ...... LIKE ME

Tuesday, May 29, 2007

BRIYANI AND ROAST LAMB






BAHAN-BAHAN

Lamb
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kayu manis
Bawang besar (hiris nipis)
Halia sebesar ibu jari (hiris nipis)
Kiub perisa daging lembu/kambing
Kacang gajus
Kismis
Beras
Madu
Garam
Pewarna orange/merah

Cara-cara

Steamkan lamb sehingga masak

Dlm periuk, tumis bunga cengkih, bunga lawang, halia dan bawang sehingga naik bau atau kekuningan.

Masukkan beras dan kacau sehingga sebati. Jgn lupa garam secukup rasa.

Masukkan air tos dari lamb yg disteam tadi.(Sukatan air bergantung pada kuantiti beras).
Masukkan kiub perisa daging lembu/kambing.
Kacau dari masa ke semasa supaya kiub tadi sebati.
Bila nasi hampir masak, taburkan gajus, kismis.
Campurkan sedikit air ke pewarna.
Tuang keatas nasi dgn membuat bulatan. Jgn kacau, tutup periuk sehingga nasi masak.
Selepas nasi masak, dlm 5minit baru kacau supaya pewarna, gajus dan kismis sebati.
Lihatlah nasi jadi berwarna warni huh huhhhh.

Roast Lamb

Panaskan oven 200° selama 10min.
Dalam dulang yg beralaskan alumunium foil, letakkan lamb.
Sapukan madu ke atas lamb dan taburkan garam.
Bakar dlm oven selama agak² lamb garing.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

No comments: