




BAHAN-BAHAN
250g daging ayam (dada) - potong dadu(agak ler mcm size nak buat satay, nak bagi gajah makan, potong size gajah ler miahahahha)
Bahan kisar :
4 biji bawang merah
1 batang serai di potong
1 ibu jari halia
1/2 camca jintan putih
1 sudu besar ketumbar
2 ulas bawang putih
2 sudu gula (lebih pun takpe, lagi sedap)
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh garam
Bahan membakar:
1 cawan minyak masak
1/2 cawan gula pasir
3 batang serai yg ditumbuk hujungnya dgn lesung digunakan sebagai pemberus satay
Cara-cara :
Perapkan daging ayam dengan bahan kisar sekurang kurangnya 4jam.
Utk membakar, sapukan bahan membakar ke atas ayam yg telah dicucuk dgn lidi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
STRAWBERRY DESSERT
Pencuci mulut cepat dibuat, sedap dimakan hih hih hih.
Pencuci mulut cepat dibuat, sedap dimakan hih hih hih.


Strawberries yg dah dicuci dan dipotong dadu.
Fresh cream(half liquid).
Gula pasir.
Cara-cara
Senang sahaja, campurkan strawberries dengan fresh cream dan gula.
Kacau sehingga sebati.
Lepas tu apalagi, ngap ler hih hih hih.
No comments:
Post a Comment