EASY COOKING FOR LAZY PEOPLE ...... LIKE ME

Wednesday, May 30, 2007

AYAM MASAK HALIA(GINGER CHICKEN)


INGREDIENTS
Ayam bahagian dada dipotong dadu
Bawang besar dihiris.
Bawang putih dihiris.
Halia sebesar ibu jari, dihiris.
Serbuk kunyit
Garam


Cara-cara
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
Masukkan ayam yg telah digaul dgn serbuk kunyit dan garam sehingga masak.
Akhir sekali, garam secukup rasa.


BROCHETTE DE BOEUF (GRILLED BEEF)

BAHAN-BAHAN
Daging dipotong kiub
Red/Green pepper
Tomato
Cendawan besar dipotong dadu
Lidi cucuk

Cara-cara
Cucukkan daging kelidi diselang selikan dgn pepper, kemudian daging kemudian tomato dsb.
Taburkan spices ke atas lidi yg telah siap dicucuk dgn daging dsb.
Bakar dlm oven sehingga agak² masak.

Tuesday, May 29, 2007

BRIYANI AND ROAST LAMB






BAHAN-BAHAN

Lamb
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kayu manis
Bawang besar (hiris nipis)
Halia sebesar ibu jari (hiris nipis)
Kiub perisa daging lembu/kambing
Kacang gajus
Kismis
Beras
Madu
Garam
Pewarna orange/merah

Cara-cara

Steamkan lamb sehingga masak

Dlm periuk, tumis bunga cengkih, bunga lawang, halia dan bawang sehingga naik bau atau kekuningan.

Masukkan beras dan kacau sehingga sebati. Jgn lupa garam secukup rasa.

Masukkan air tos dari lamb yg disteam tadi.(Sukatan air bergantung pada kuantiti beras).
Masukkan kiub perisa daging lembu/kambing.
Kacau dari masa ke semasa supaya kiub tadi sebati.
Bila nasi hampir masak, taburkan gajus, kismis.
Campurkan sedikit air ke pewarna.
Tuang keatas nasi dgn membuat bulatan. Jgn kacau, tutup periuk sehingga nasi masak.
Selepas nasi masak, dlm 5minit baru kacau supaya pewarna, gajus dan kismis sebati.
Lihatlah nasi jadi berwarna warni huh huhhhh.

Roast Lamb

Panaskan oven 200° selama 10min.
Dalam dulang yg beralaskan alumunium foil, letakkan lamb.
Sapukan madu ke atas lamb dan taburkan garam.
Bakar dlm oven selama agak² lamb garing.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MANGGO AND STRAWBERRIES DESSERT


BAHAN-BAHAN
Mangga
Strawberries
Gula pasir

Cara-cara
Panaskan air yg dah dicampurkan dgn gula sehingga mendidih sebagai air gula. Biarkan sejuk.
Potong kecil² mangga dan strawberries seperti dlm gambar dan letakkan dlm mangkuk.
Curahkan air gula yg dah sejuk tadi ke atas buah² an tadi.
Biarkan lebih kurang 2 jam dlm peti ais sebelum makan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sunday, May 27, 2007

STEAM FISH

BAHAN-BAHAN

Any kind of ikan
Halia (dihiris nipis nipis)
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar(dihiris nipis nipis)
2 batang serai
Daun bawang
Daun ketumbar (coriandre)
Asam keping
Garam



Cara-cara
Basuh ikan yg telah disiang.
Masukkan ikan dlm aluminium foil.

Sumbatkan bawang putih, sedikit halia dan sedikit serai serta asam keping ke dlm bahagian yg disiang tadi.
Susunkan selebih halia, bawang dah serai ke atas permukaan ikan.
Taburkan daun bawang dan coriandre yg telah dipotong kecil².
Akhir sekali taburkan garam secukup rasa.

Tutup aluminum foil.
Steam sehingga masak.

KUEY TEOW KERANG

KARTINA'S KUEY TEOW KERANG

This the best kuey teow kerang ever. The way its being cooked, kerang pun buntal².
BAHAN-BAHAN
Bawang merah-dihiris
Bawang puteh-dihiris
Cili kering-Dimesin
Cili Sos Life
Kicap Cap Kipas Udang
Kerang
Serai
TaugehDauh sup/daun bawang
Timun untuk hiasan
Telur
Kuay Teow

Cara-cara
Rebuskan kerang bersama sedikit garam. Jangan terlampau lama, nanti kerang kecut.
Ketuk serai dan masukkan dalamrebusan.
Rebus hingga masak.
Kopek kerang and asingkan dalam satu bekas.
Tumiskan bawang merah n putih hingga naik bau.
Masukkan cili kering dahgoreng hingga masak.
Then masukkan kerang dan tumis lebih kurang 1 1/2minit.
Then masukkan kuay teow yang telah di basuh ( rendam first then toskandengan air paip sebanyak 3 kali ).
Masukkan sedikit cili sos life andkicap secukup rasa.
Last sekali masukkan taugeh and daun sup/bawang.
Hidangkan dengan timun and telur masak mata kerbau.

BEEF WITH OYSTER SAUCE


BAHAN-BAHAN
Daging dipotong nipis nipis.
Bawang besar dihiris.
Bawang putih dihiris.
Halia sebesar ibu jari, dihiris.
Oyster sauce
Daun ketumbar (coriandre).


Cara-cara
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
Masukkan daging dan biarkan sehingga masak.
Campurkan oyster sauce dan daun ketumbar yg telah dipotong halus halus dan kacau.



Friday, May 25, 2007

MEE GORENG

ANOR'S MEE GORENG


BAHAN-BAHAN
Any kind of mee
Bawang putih (dihiris halus halus)
Taugey
Telur
Tauhu (potong nipis)
Oyster sauce
Kicap
Cara-cara
Dalam mangkuk, pukul telur sehingga kembang.
Dgn sedikit minyak, masukkan telur dan biarkan sehingga masak. Gulung telur tadi dan biarkan sejuk. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan tauhu dan biarkan sehingga masak.
Masukkan telur dan kacau sehingga bercampur dgn bahan² lain.
Tambahkan oyster sauce.
Masukkan noodles yg telah direbus terlebih dahulu.
Campurkan sedikit kicap dan kacau.
(Jgn ter over letak oyster sauce with kicap, nanti masin)
Masukkan taugey dan kacau lagi.
Akhir sekali, masukkan telur gulung yg telah di hiris halus halus dan taburkan ke atas mee tadi dan kacau.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Thursday, May 24, 2007

NASI GORENG AYAM

BAHAN-BAHAN
Ayam bahagian dada (potong dadu, digaul dgn serbuk kunyit dan garam)
Seulas bawang putih (dihiris)
Seulas bawang kecik (dihiris)
Kacang panjang (potong kecik kecik)
Telur
Nasi

Cara-cara
Panaskan sedikit minyak.
Masukkan ayam dan biarkan sehingga agak² masak.
Tumiskan bawang putih, bawang kecik dan kacang panjang sehingga naik bau.
Masukkan telur dan biarkan agak² masak, baru kacaukan sehingga sebati dgn bahan² lain.
Last sekali, masukkan nasi, garam secukup rasa dan gaulkan sehingga sebati.